Library Rules & Regulation


PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

 

Bahan-bahan PSS

  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

 

Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  2. Pakaian yang dibenarkan ialah seragam sekolah lengkap
  3. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

 

Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Pusat Sumber Sekolah.

 

PERATURAN PENGGUNAAN RUANG ATAU BILIK KHAS

(a) Peraturan-peraturan Penggunaan Bilik Audio Visual

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
  2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
  3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
  4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
  5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.

 

Bahan-bahan bilik audio visual

  1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
  2. Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

 

Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.

 

Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

 

(b) Peraturan Penggunaan Bilik Khas untuk Guru

  1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan, Bilik Audio Visual dan Pusat Akses
  1. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat
  1. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
  1. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
  1. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

 

PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN/ALAT

Pinjaman Buku Rak Terbuka

  1. Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
  2. Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan
  3. Contoh :-

    Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.

  4. Imbas nombor barkod (no. kad pengenalan pelajar) yang terdapat pada kad pinjaman dan cap tarikh pemulangan buku.
  5. Cap tarikh pemulangan buku pada helaian kertas ‘Tarikh Pulang’ (dibelakang buku).
  6. Catatkan butir-butir pinjaman dalam kad peminjam pelajar dan pulangkan kepada pelajar.
  7. Serahkan buku kepada si peminjam.
  8. Catatkan butir-butir peminjam ke dalam ‘Rekod Peminjam Buku Pelajar’.

 

Peringatan

  1. Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 1 minggu.
  2. Seorang pelajar dibenarkan meminjam  2 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali PPSS)
  3. Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah.
  4. Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Pembantu Perpustakaan

  5. Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 5 buku pada satu-satu masa. Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
  6. Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
  7. Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan

 

Pemulangan Buku Rak Terbuka

  1. Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada ‘Tarikh Pulang’ yang sepatutnya
  2. Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda (Sila rujuk jadual denda)
  3. Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar di lain hari
  4. Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda’ dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
  5. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan