Information Literacy


Literasi Maklumat

 

1. Apakah Definisi Literasi?

Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

 

2. Apakah Definisi Maklumat?

Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

 

3. Apakah Maksud Literasi Maklumat?

Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) mendifinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan dengan efektif.

 

4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?

  • Kemahiran Maklumat
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
  • Kemahiran ICT
  • Kemahiran Komunikasi

 

5. Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?

  • Penguasaan kemahiran Literasi Maklumat boleh dijalankan melalui perlbagai strategi pengajaran:
  • Melalui Kerja Kursus
  • Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, KHB)
  • Melalui Aktiviti di dalam Kelas
  • Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
  • Melalui Kerja Kendiri
  • Melalui Program / Aktiviti PSS
  • Melalui Program Membaca
  • Melalui Program Penyelesaian Masalah dan lain-lain

 

6. Apakah peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?

Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:

  • Panduan Guru
  • Bahan-bahan konvensional di perpustakaan (Bahan cetak dan bukan cetak)
  • Komputer dan akses internet
  • Bahan digital – sumber elektronik
  • Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan

 

7. Apakah kemahiran Maklumat yang perlu ada pada murid?

  • Mengenalpasti keperluan maklumat
  • Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai
  • Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain
  • Mempersembahkan maklumat

 

8. Apakah teknik pencarian maklumat?

  • Menentukan objektif dan skop pencarian
  • Membuat strategi pencarian
  • Melakukan pencarian
  • Mengumpul dan menilai hasil pencarian
  • Pengubahsuaian strategi

 

9. Apakah model-model Literasi Maklumat?

a) The Big 6 Skills – Eisenberg dan Berkowitz

Melalui 6 langkah utama:

  • Menentukan (task definition)
  • Mencari (information seeking strategies)
  • Mengguna (location and access)
  • Mencatat (use of information)
  • Melapor (synthesis)
  • Menilai (evaluation)

b) Empowering 8 – NILIS (National Institute of Library and Information Sciences – University of Colombo, Sri Lanka)

  • Mengenalpasti (Identify)
  • Mencari (Explore)
  • Memilih (Select)
  • Mengurus (Organise)
  • Mencipta (Create)
  • Melapor (Present)
  • Menilai (Assess)
  • Mengaplikasi (Apply)

 

10. Apakah kepentingan Literasi Maklumat?

  • Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan.
  • Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.
  • Melatih pelajar belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup.
  • Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.

 

11. Apakah itu Literasi Digital?

Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkakasan komputer, perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan menggunakan maklumat melalui teknologi digital.